FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) PENYEDIAAN PELAN PELAKSANAAN INISIATIF PEMERKASAAN SYARAT BAHARU DAN PENDAFTARAN SEMULA KONTRAKTOR SERTA PROGRAM KONTRAKTOR USAHAWAN BUMIPUTERA
Penganjur: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia)
Rujukan Surat: CIDB.400-5/6/292(22)
Tarikh Surat Jemputan: 29 Oktober 2026

1. MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh: 19 November 2026 (Khamis)

Masa8.30 pagi – 5.00 petang

Tempat: Riverside Majestic, Puteri Wing, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching, Sarawak

Penganjur CIDB Malaysia, Ibu Pejabat Mata CCD15 mata CCD diberikan kepada setiap syarikat yang hadir

2. WAKIL DEKOMS YANG HADIR.

DEKOMS telah menghantar 2 orang wakil seperti yang ditetapkan oleh CIDB:

Dr. Masmanis Mohamed Yusof – Setiausaha Agung DEKOMS dan Pn. Dyg Tetty Abg Januari – Wakil DEKOMS

Kehadiran kedua-dua wakil ini adalah bagi memenuhi jemputan CIDB kepada persatuan / organisasi berkaitan industri pembinaan, dan bagi memastikan suara serta keperluan ahli-ahli DEKOMS di Sarawak diambil kira dalam penyediaan Pelan Pelaksanaan baharu ini.

Selain DEKOMS antara lain yang turut serta ialah Persatuan Kontraktor Melayu Sarawak, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak, Sarawak Builders Master Soceity, DBNA dan juga PERKOB.

3. LATAR BELAKANG PROGRAM

Memorandum Cadangan Pemerkasaan Syarat Baharu dan Pendaftaran Semula Kontraktor telah diluluskan di peringkat Jemaah Menteri.Berikutan kelulusan tersebut, CIDB sedang menyediakan Pelan Pelaksanaan bagi memastikan kesemua inisiatif yang telah diluluskan dapat dilaksanakan secara teratur, sistematik dan berkesan dengan mengambil kira keperluan serta tahap kesediaan industri.Sehubungan itu, CIDB telah mengadakan Sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi membentangkan dan mendapatkan maklum balas berhubung cadangan Pelan Pelaksanaan inisiatif tersebut.Program ini bukan sekadar taklimat, tetapi merupakan sesi libat urus dua hala antara CIDB dengan pihak industri, persatuan kontraktor dan pemegang taruh.

4. OBJEKTIF PROGRAM

Berdasarkan surat jemputan, objektif utama program adalah:

a) Sesi Pagi – FGD:Membentangkan cadangan Pelan Pelaksanaan Inisiatif Pemerkasaan Syarat Baharu dan Pendaftaran Semula Kontraktor.Mendapatkan maklum balas, pandangan dan cadangan daripada industri.Memastikan pelaksanaan inisiatif mengambil kira keperluan sebenar dan tahap kesediaan kontraktor, khususnya di Sarawak.

b) Sesi Petang – Program Kontraktor Usahawan Bumiputera:Memberikan panduan dan maklumat terkini kepada kontraktor Bumiputera.Mendedahkan peluang pembiayaan serta khidmat nasihat kewangan yang ditawarkan oleh agensi berkaitan, antaranya: PUNB, MARA, CGC (Credit Guarantee Corporation) TEKUN Nasional

5. PERJALANAN PROGRAM

Sesi Pagi: Focus Group Discussion (FGD)Wakil DEKOMS telah menyertai sesi perbincangan kumpulan berfokus di mana CIDB membentangkan draf Pelan Pelaksanaan bagi inisiatif yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri.Antara perkara utama yang dibincangkan dalam FGD adalah berkaitan:Pemerkasaan syarat baharu pendaftaran kontraktorMekanisme pendaftaran semula kontraktor.

Kaedah pelaksanaan yang teratur dan sistematik Kesediaan industri untuk menerima pakai syarat baharuCabaran yang dihadapi oleh kontraktor, khususnya kontraktor Bumiputera di Sarawak. Wakil DEKOMS telah mengambil peluang ini untuk menyuarakan pandangan dan keperluan ahli-ahli DEKOMS agar pelaksanaan tidak membebankan kontraktor kecil dan sederhana, serta memberi ruang peralihan yang mencukupi.Sesi Petang: Program Kontraktor Usahawan Bumiputera. Pada sebelah petang, program diteruskan dengan sesi khusus untuk Kontraktor Usahawan Bumiputera. Pengisian sesi ini memberi tumpuan kepada: Peluang pembiayaan perniagaan pembinaan serta Khidmat nasihat kewangan daripada agensi.

Peranan MARA, CGC dan TEKUN dalam membantu kontraktor Bumiputera mengakses modal, jaminan kredit dan sokongan keusahawanan. Sesi ini amat bermanfaat kepada DEKOMS kerana maklumat ini dapat disampaikan semula kepada ahli-ahli DEKOMS untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan dan meningkatkan daya saing.

6. HASIL & IMPAK KEHADIRAN KEPADA DEKOMS

Maklumat Terkini: DEKOMS mendapat maklumat terus daripada CIDB mengenai hala tuju baharu syarat pendaftaran dan pendaftaran semula kontraktor yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri. Suara Ahli Diwakili: Kehadiran Setiausaha Agung memastikan pandangan kontraktor di Sarawak, khususnya ahli DEKOMS, didengari oleh CIDB sebelum Pelan Pelaksanaan dimuktamadkan.Jaringan Strategik: Hubungan DEKOMS dengan CIDB, MARA, CGC dan TEKUN diperkukuhkan untuk kerjasama masa hadapan.Manfaat Kepada Ahli: Maklumat berkaitan pembiayaan dan khidmat nasihat kewangan boleh disebarkan kepada ahli DEKOMS untuk membantu mereka mendapatkan akses kepada pembiayaan.Mata CCD: Setiap syarikat yang hadir telah diberikan 15 mata CCD, selaras dengan ketetapan CIDB.

7. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN DEKOMS

Taklimat Kepada Ahli: Mengadakan sesi taklimat ringkas kepada ahli-ahli DEKOMS mengenai syarat baharu dan pendaftaran semula kontraktor.

Edaran Maklumat Pembiayaan: Menyediakan infografik / hebahan mengenai peluang pembiayaan MARA, CGC dan TEKUN.

Bengkel Susulan: Memohon CIDB / agensi berkaitan untuk mengadakan bengkel susulan khusus untuk ahli DEKOMS di Kuching.

Pemantauan: Memantau pengumuman rasmi CIDB mengenai Pelan Pelaksanaan yang telah dimuktamadkan dan memaklumkan kepada ahli dari semasa ke semasa.

8. PENUTUP

Secara keseluruhannya, kehadiran Dr. Masmanis Mohamed Yusof dan Pn. Dyg Tetty Abg Januari sebagai wakil DEKOMS ke FGD CIDB pada 19 November 2026 telah mencapai matlamatnya. DEKOMS bukan sahaja memperoleh maklumat terkini mengenai dasar baharu industri pembinaan, malah telah memainkan peranan aktif sebagai wakil suara kontraktor di Sarawak dalam proses pembentukan Pelan Pelaksanaan tersebut. DEKOMS merakamkan penghargaan kepada CIDB Malaysia atas jemputan dan penganjuran program yang bermanfaat ini.

Leave a Reply