PROGRAM SESI JARINGAN USAHAWAN SARAWAK

Tarikh: 28 Oktober 2026 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi – 4.50 petang
Tempat: Hotel Sheraton, Kuching, Sarawak
Penganjur: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

1. MAKLUMAT KEHADIRAN

Program Sesi Jaringan Usahawan Sarawak yang dianjurkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pada 28 Oktober 2026 bertempat di Hotel Sheraton, Kuching telah dihadiri oleh:

Dr Masmanis binti Mohamed Yusof

Setiausaha Agung, DEKOMS.

2. TUJUAN PROGRAM

Program ini bertujuan menyediakan platform jaringan dan perkongsian maklumat berkaitan pembangunan ekonomi serta peluang keusahawanan di Sarawak, khususnya kepada usahawan Bumiputera. Program ini turut memberi pendedahan mengenai kemudahan pembiayaan, peluang perniagaan dan sokongan daripada agensi serta sektor korporat.

3. PENGISIAN PROGRAM

Antara pengisian utama program adalah seperti berikut:

1. Taklimat Pembiayaan PUNB – Penerangan mengenai kemudahan pembiayaan dan sokongan PUNB kepada usahawan.
2. Majlis Perasmian – Didahului dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Sarawak dan lagu Korporat PUNB, bacaan doa, ucapan aluan oleh Pengerusi PUNB, YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa serta ucapan perasmian oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak.
3. Penyampaian Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PUNB.
4. Forum I: Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Sarawak – Peluang kepada Usahawan Bumiputera.
5. Taklimat PERKESO – Penerangan mengenai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja.
6. Forum II: Perkongsian Pengalaman Usahawan – Menampilkan usahawan yang berkongsi pengalaman, cabaran dan kejayaan dalam mengembangkan perniagaan.
7. Sesi Jaringan dan Majlis Bersurai.

4. HASIL DAN MANFAAT PENYERTAAN

Penyertaan dalam program ini memberikan peluang untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan inisiatif pembangunan keusahawanan, kemudahan pembiayaan serta peluang kerjasama strategik antara agensi kerajaan, badan korporat dan komuniti usahawan.

Selain itu, program ini menjadi ruang untuk memperluas jaringan hubungan profesional, bertukar pandangan dan mengenal pasti peluang kerjasama yang boleh dimanfaatkan bagi memperkukuh pembangunan ekonomi masyarakat, khususnya komuniti Bumiputera di Sarawak.

5. PENUTUP

Secara keseluruhannya, kehadiran dalam Program Sesi Jaringan Usahawan Sarawak ini merupakan satu penyertaan yang bermanfaat dalam usaha menambah pengetahuan, memperluas jaringan kerjasama serta memahami inisiatif dan peluang pembangunan keusahawanan yang ditawarkan oleh PUNB dan agensi berkaitan.

Diharapkan maklumat dan pendedahan yang diperoleh melalui program ini dapat dimanfaatkan dalam menyokong agenda pembangunan masyarakat, memperkasakan ekonomi komuniti serta memperkukuh peranan organisasi dalam menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak.

Disediakan oleh:

Dr Masmanis binti Mohamed Yusof
Setiausaha Agung DEKOMS

Tarikh laporan: 9 November 2026