TENTANG KAMI

LATAR BELAKANG

DEKOMS adalah singkatan kepada Dewan Ekonomi Melayu Sarawak yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (PPM) pada 04 Februari 2020.

DEKOMS diasaskan oleh sebilangan ahli perniagaan, usahawan dan profesional Melayu / Bumiputera yang terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan, perusahaan dan perkhidmatan.

DEKOMS ditubuhkan apabila memikirkan sebahagian besar peniaga, penjaja, peruncit, pemborong, sub-kontraktor dan usahawan kecil Melayu/Bumputera tiada tempat untuk mengadu dengan kadar segera seandainya mereka mengalami masalah, kekangan, rintangan dan halangan dalam bidang yang diceburi, khususnya semasa berurusan dengan pihak Jabatan dan Agensi Kerajaan.

KHIDMAT NASIHAT DAN BIMBINGAN

DEKOMS memainkan peranan sebagai “payung tempat berlindung sekiranya berlaku hujan” kepada kalangan peniaga dan penjaja kecil khususnya bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan.

DEKOMS berpendapat ramai yang bercita-cita menyebar-luaskan hubungan dan rangkaian perniagaan, tetapi kurang kemahiran dan pengetahuan serta tidak mengetahui arah haluan.

DEKOMS menghimpunkan para profesional Melayu/Bumiputera yang pakar dalam bidang masing-masing bagi menyediakan tunjuk-ajar, khidmat nasihat, perundingan, memudah-cara untuk para peniaga dan penjaja berkenaan.