MISI & VISI

MISI & VISI

Mewujudkan masyarakat perdagangan, perniagaan dan keusahawanan Melayu/Bumiputera
daripada semua peringkat dan sektor yang mempunyai komitmen yang jitu, cita-cita yang tinggi, kesungguhan yang padu dalam kerjaya, prinsip dan jati diri yang kental dalam bidang yang diceburi ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

STRATEGI

Menyatupadukan dan menggemblengkan pengalaman dan kepakaran para profesional, tokoh korporat, ahli perniagaan, penjaja, peniaga, pemborong, peruncit, usahawan sederhana dan kecil Melayu/Bumiputera bagi merancang dan melaksanakan pelbagai program, kegiatan dan gerak kerja demi kepentingan dan faedah bersama