Kuching, Sarawak
15 November 2026
Biro Wanita DEKOMS telah mengadakan beberapa siri mesyuarat serta perbincangan bagi mengadakan program YES DEKOMS (Year End Sales DEKOMS). Dalam mesyuaratnya Biro Wanita telah bersetuju akan mengadakan program seperti ketetapan berikut:-
Program: YES DEKOMS (Year End Sales Dewan Ekonomi Melayu Sarawak)
Tarikh: 27hb Disember 2026
Tempat: LG, Riverside Shopping Complex, Kuching, Sarawak
Jam: 10 pagi – 10 malam
Dengan penajaan tempat oleh SEDC Permata Sdn Bhd.
Program ini akan menumpukan kepada lebih 30 usahawan DEKOMS serta usahawan jemputan dengan tujuan memperbanyakkan jualan usahawan sempena penutup tahun 2026. Selain itu bagi menarik perhatian serta minat pengunjung untuk tampil , pihak Biro Wanita turut mengadakan Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak, Pertandingan Karaoke Kanak-kanak dan juga Otai 50 tahun ke atas serta Pertandingan Poco-poco Kreatif. Kami menjangkakan seramai lebih 300 orang pengunjung akan membanjiri tempat ini dan serentak dengan ini MEsyuarat Agung Tahunan DEKOMS turut diadakan. Sebarang pertanyaan mengenai booth usahawan serta pertandingan tersebut bolehlah berhubung dengan Dr Masmanis Mohamed Yusof 013-8248866 dan Puan Arena Hj Ibrahim 012-85080952.
Presiden DEKOMS, Tuan Bujang Boji Sitam, Timbalan Presiden Hj Hider Nusi, Naib Presiden 1, Dr Ikeram Yan, Setiausaha Agung Dr Masmanis Mohamed Yusof, AMT, Abang Januari Abang Jess, Encik Ishak Sarkawi, Encik Othman Yusuf, Penaung Wanita Puan Soloma Amin, Penasihat Wanita, Datin Nurafidahtul Akmar, Pengerusi Puan Dayang Noorsiah Awang Mashor, Setiausaha Puan Jumatia Hamdan, Penolong Setiausaha Puan Arena Haji Ibrahim, Puan Rina Abdullah, Puan Sahdiah Sadan, Puan Siti Rohani Ujang, ahli-ahli Tuan Haji Hassani Ismail, Puan Haslina Mohd Tahir dan Puan Zubaidah.

