MATLAMAT PENUBUHAN

  • Menubuhkan dan mewujudkan sebuah Pertubuhan yang berpaksikan gagasan Melayu dan Bumiputera di peringkat negeri untuk kepentingan dan faedah masyarakat berkenaan dalam lapangan ekonomi, perdagangan, perniagaan dan keusahawanan.

 

  • Membantu dan mewakili kaum Melayu dan Bumiputera, khususnya mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan, sebagai wadah mesyuarat dan perbincangan dengan jabatan dan agensi kerajaan bagi mengenal-pasti dan mendapatkan peluang-peluang perniagaan dan perusahaan.

 

  • Membentuk rangkaian perhubungan yang mantap dan tersusun di kalangan peniaga dan usahawan Melayu dan Bumiputera di seluruh negeri, serta menjadi suara kepada ahli-ahli Pertubuhan bagi menjaga dan mempertahankan kepentingan dan hak mereka dalam segala urusan dengan sektor awam dan swasta.

 

  • Membantu meningkatkan taraf profesio-nalisme dan prestasi peniaga dan usahawan Melayu dan Bumiputera, di samping memperluaskan peng-libatan mereka dalam bidang perniagaan dan perusahaan peringkat daerah, bahagian dan negeri.

 

  • Merangka kaedah dan mewujudkan iklim perniagaan dan perdagangan yang jujur, sihat dan berkualiti bagi memastikan kalangan usahawan Melayu dan Bumiputera berupaya menjana keuntungan maksimum dengan perkhidmatan beramanah dan beretika.

 

  • Menjalankan dan mengendalikan penye-lidikan dan kajian yang membabitkan permasalahan kaum Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi, seterusnya mengemukakan cadangan dan kaedah tindakan untuk mengatasi masalah berkenaan kepada pihak berwajib.

 

  • Menggembleng dan menggabungkan tenaga, pengalaman dan kepakaran masyarakat Melayu dan Bumiputera bagi melaksanakan dan meneroka pelbagai aktiviti dan program berkaitan digital ekonomi, e-perdagangan, pengurusan perniagaan, konsultansi projek dan pembangunan hartanah.

 

  • Menyatupadukan kaum Melayu dan Bumiputera di semua peringkat, khususnya yang tinggal di luar bandar dan persisiran, dalam wadah yang dapat menjamin peluang mereka dalam arus pembangunan yang dirancang oleh pihak kerajaan.

 

  • Menjalinkan perhubungan dan kerjasama dengan persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Melayu di peringkat nasional dan internasional yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama dengan Pertubuhan ini demi kepentingan masyarakat Melayu dan Bumiputera secara amnya.

 

  • Menentukan segala aktiviti Pertubuhan dan Ahli-ahli Pertubuhan di semua peringkat adalah selaras dengan tujuan dan matlamat Pertubuhan ini