SAMBUTAN HARI KELUARGA SARAWAK 2026
“KASIH KELUARGA, JIWA NEGARA”
Tarikh: 14 November 2026 (Sabtu)
Masa: 6.00 pagi – 4.30 petang
Tempat: Le’Park, Dewan Suarah Negeri Sarawak, Kuching
Penganjur: Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS)
1. PENDAHULUAN
Sambutan Hari Keluarga Sarawak 2026 bertemakan “Kasih Keluarga, Jiwa Negara” telah berlangsung pada 14 November 2026 bertempat di Le’Park, Dewan Suarah Negeri Sarawak, Kuching.
Program anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) ini bertujuan menggalakkan pengukuhan institusi kekeluargaan, memupuk hubungan kasih sayang antara ahli keluarga serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesejahteraan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat dan negara yang harmoni.
Program ini turut melibatkan penyertaan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijemput bagi memberikan sokongan terhadap usaha memperkukuh pembangunan sosial dan kesejahteraan komuniti di Sarawak.
2. KEHADIRAN WAKIL NGO
Program ini turut dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jemputan daripada pelbagai bidang dan latar belakang. Dewan Ekonomi Melayu Sarawak turut dijemput untuk sama hadir bagi memeriahkan Sabutah Hari Keluarga JWKS 2026. Yang hadir ialah Dr Masmanis Mohamed Yusof, Setiausaha Agung, Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS).
Kehadiran wakil DEKOMS bersama NGO-NGO lain mencerminkan sokongan dan komitmen pertubuhan masyarakat sivil dalam menjayakan program berkaitan pembangunan keluarga, kesejahteraan wanita dan pengukuhan komuniti.
3. PELAKSANAAN PROGRAM
Program dimulakan seawal jam 6.00 pagi dengan pendaftaran peserta, diikuti ketibaan Yang Berusaha Puan Nur Alina Abdullah @ Colliner Gohe, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.
Antara pengisian utama program ialah:
- Pelepasan (Flag-off) Family Fun Walk – Aktiviti berjalan santai bersama keluarga sebagai simbolik kepada gaya hidup sihat dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
- Aktiviti SukANEKA Keluarga – Aktiviti kekeluargaan yang memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berinteraksi dan mengeratkan hubungan melalui aktiviti bersama.
- Pocket Talks dan Ceramah Advokasi Keluarga – Merangkumi perkongsian mengenai bantuan rawatan kesuburan dan advokasi infertiliti (Buai), konsep Kasih Keluarga Tanpa Dadah serta ceramah kesedaran mengenai penipuan atau scam dengan tema Kenali, Cegah dan Bertindak.
- Pemeriksaan Wanita – Inisiatif meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan wanita.
- Women Vocational Skills Training (WST) Outreach – Pendedahan kepada latihan kemahiran vokasional wanita bagi meningkatkan potensi dan keupayaan ekonomi.
- Simulasi dan Latihan Kenalpasti Scam – Memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kaedah mengenal pasti serta mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
4. MAJLIS PENANGGUHAN
Kemuncak program diteruskan dengan ketibaan Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, pada jam 3.00 petang bagi menyempurnakan Majlis Penangguhan Sambutan Hari Keluarga Sarawak 2026.
Majlis ini menjadi simbolik kepada komitmen kerajaan negeri dalam terus memperkasakan institusi keluarga, meningkatkan kesejahteraan wanita serta memastikan pembangunan sosial masyarakat sentiasa diberikan perhatian.
5. KEPENTINGAN PENGLIBATAN NGO
Penglibatan NGO dalam program seumpama ini amat penting bagi memperkukuh kerjasama antara pihak kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil.
Penyertaan wakil NGO termasuk Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) memberikan ruang kepada pertubuhan untuk mengikuti perkembangan agenda pembangunan keluarga dan masyarakat, di samping memperluas jaringan kerjasama serta menyokong pelaksanaan program advokasi berkaitan kesejahteraan keluarga, wanita dan komuniti.
6. RUMUSAN
Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Keluarga Sarawak 2026 merupakan satu inisiatif yang signifikan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan institusi keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat yang sejahtera, bersatu padu dan harmoni.
Kehadiran wakil-wakil NGO jemputan termasuk Setiausaha Agung Dewan Ekonomi Melayu Sarawak, Dr Masmanis Mohamed Yusof, turut memperlihatkan sokongan pertubuhan bukan kerajaan terhadap usaha kerajaan negeri dalam memperkukuh agenda pembangunan sosial dan kekeluargaan di Sarawak.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai NGO dan masyarakat bagi memastikan agenda kesejahteraan keluarga terus diperkasakan.







