KATA ALUAN PRESIDEN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya amat bersyukor dan berterima kasih kepada usaha yang murni Ts. Dr. Ishak Johari yang secara sukarela memberi perkhidmatan membangunakan website DEKOMS. Harapan saya agar lebih ramai usahawan dan ahli DEKOMS menumbang kepada memperkasakan Pertubuhan Melayu seperti DEKOMS ini. Selain memberi tunjuk ajar kepada Ahli Majlis Tertinggi DEKOMS, kita dapat dapat melayari Website DEKOMS selepas 2 tahun DEKOMS ditubuhkan.

Sementara itu, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargan dan terima kasih diatas kesudian Dr. Ishak Johari secara sukarela membantu pihak Dewan Ekonomi Melayu Sarawak mempunyai website sendiri bagi memuat program-program dan aktiviti-aktiviti DEKOMS yang sedang dirancang dan yang telah dilaksanakan. Bukan itu sahaja, websit ini mampu memberi perkhidmatan pendaftaran ahli secara atas talian malah boleh membayar yuran keahlian secara online banking. Sungguh bermanfaat kepada kita dalam era digital pada masa kini.

Sesungguhnya, melalui website DEKOMS ini, ia akan memberi peluang dan ruang kepada semua ahli DEKOMS membuat iklan menawar produk-produk yang mereka jual kepada orang ramai. Mememangnya diera pengunaan aplikasi digital kini amat penting dalam perniagaan kerana ahli peniagaan dan usahawan DEKOMS boleh mengakses website untuk membeli produk-produk secara atas talian secara global. Ini akan memberi pendapatan mereka berganda-ganda. dengan mengurangkan kos menyewa premis dan gaji pekerja.

Akhir kata, saya juga mengucapkan terima kasih juga kepada Setiausaha Agung Encik Abang Zainoren Abang Jess yang komited bersama Ts. Dr. Ishak Johari menjayakan program pembangunan laman sesawang atau website Dewan Ekonomi Melayu Sarawak. Sekian, Terima kasih.

 

TUAN BUJANG BOJI SITAM, PJPN, BBS, PPL, PPM, PPA