Penyerahan Watikah kepada semua AJK Perhubungan Bahagian Miri sessi 2022-2024 telah diadakan pada hari Isnin 12hb Disember 2022, bertempat di Pusat Khidmat DEKOMS Bahagian Miri pada jam 3 petang. Tuan Presiden DEKOMS, Tuan Bujang Boji Sitam telah menyampaikan watikah tersebut kepada semua ahhlijawatankuasa yang dilantik.
Tuan Presiden mengharapkan komitmen yang sepenuhnya dari ahli-ahli yang telah dilantik untuk bersama – sama menaikkan nama DEKOMS supaya lebih dikenali di kawasan setempat. Tuan Presiden juga mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Tuan Mohamad Amin yang telah berjaya mendapatkan kawasan bagi dijadikan pejabat untuk ahli-ahli DEKOMS. Diharapkan semoga terus maju jaya.
Antara AJK yang telah dilantik adalah seperti berikut:-
Pengerusi: Mohamad Amin Abdul Rahman
Timbalan Pengerusi: Omar bin Abdul Samad
Setiausaha:Effy Akhbarizam bin Abdul Karim
Penolong Setiausaha:Yusop bin Ahmad
Bendahari: Nurul Syakinah Amir Rudin
Penolong Bendahari: Nursafura Minggai
Ahli Jawatan Kuasa:
Hjh Fatimah @ Madinah binti Ulis (Ketua Biro Homestay dan Produk Ahli)
Madien binti Sin (Ketua Biro Food Court, Passar Malam dan Minggu)
Norlita Alpi (Ketua Biro Keahlian dan Kempen)
Nuratika Madeli (Ketua Biro Wanita dan Kebajikan)
Muhd Dhuha Idris (Ketua Biro usahawan Muda, Latihan dan Kursus)
Juruaudit Dalaman:
Abd Rani bin Salbi
Zahbar Maraya