Pada 29 & 30 Oktober 2022 telah di adakan Bengkel Gendang Dan Tandak Melayu Sarawak Anjuran Kerjasama Majlis Pelancongan Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Sarawak Dan Srikandi DEKOMS yang diketuai oleh Tuan Haji Yusup Buang bersama Tuan Haji Razali Yu. Bengkel disertai oleh peserta dari Lundu, Sematan dan Kuching. Kehadiran seramai 50 orang. Dalam pertandingan yang telah diadakan sejurus bengkel pemenang adalah seperti berikut:-
Johan bagi Bergendang Solo
Puan Mastuyah Binti Umar
Johan Tandak berpasangan lelaki
Encik Sae’t Bin Mat
Cikgu Jumat Bin SuhailiJohan Tandak berpasangan Perempuan
Puan Rabiah Amit
Puan Masmanis Mohd Yusof
Hadiah dan sijil untuk johan pertandingan dan siji peserta disampaikan oleh Timbalan Presiden Tuan Haji Hider Nusi dan Tuan Haji Yusup Bin Haji Buang. Program telah dirasmikan penutupnya oleh Tuan Haji Hider Nusi, Timbalan Presiden DEKOMS. Timbalan Presiden bengkel berharap bengkel seperti ini dapat diadakan di masa akan datang di daerah lain bagi mengekalkan tradisi Bergendang supaya ia tak luput dek zaman dan malar segar diingatan.