25 Disember – Srikandi Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) Menganjurkan Majlis Makan Malam Mesra Muhibbah di Balai Merdeka, Merdeka Palace & Suites Hotel, Kuching bagi mengumpul dana untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pertubuhan pada tahun hadapan. Sebanyak RM10,000.00 akan disumbangkan kepada Sri Kandi Dekoms oleh YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah Aman Ghazali yang merupakan Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan dan juga ADUN N7 – Samariang. YB Datuk berharap aktiviti-aktiviti pada tahun hadapan dapat dijalankan dengan mengadakan bengkel, seminar ataupun motivasi bagi membantu ahli-ahli Dekoms manakala Sri Kandi menjadi tunggak utama memastikan program-program berjalan.
Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Presiden, Tuan Haji Hidir Nusi, Naib Presiden II, Tuan Ikeram Yan dan Naib Presiden III Dato’ Seri Hj. Sulaiman Hj. Natu, dan Pengerusi Pertubuhan Kepimpinan dan Keterbilangan Pelajar Sarawak (PKKPS), Ts. Dr. Ishak Johari yang juga ahli Dekoms. Selain itu Penasihat Sri Kandi Puan Soloma Amin, Penyelaras Sri Kandi yang juga Ahli Majlis Tertinggi Dekoms Puan Rabiah Amit, Pengerusi Sri Kandi yang juga Pengerusi Pengelola Puan Nur Atiqah dan semua ahlijawatankuasa Sri Kandi telah bertungkus lumus bagi menjayakan program malam tersebut. Majlis diserikan dengan persembahan ahlijawatankuasa Sri Kandi DEKOMS dan jemputan khas dari Persatuan Gendang Sejair, Sarawak yang diketuai oleh Tuan Haji Yusup Buang. Turut menghiburkan dalam majlis tersebut Cikgu Abdul Latip Poli yang menyampaikan lagu terbaru beliau “Cinta Duak Jiwo” .
Sri Kandi juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan iaitu Yang Berbahagia Datuk Noraden Hj Majais, YB Encik Awla bin Dris dan semua orang perseorangan yang hadir ke majlis ini.