Presiden DEKOMS, Bujang Boji Sitam (3 dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Syed Rusdy Wan Yusuf, sambal disaksikan oleh Timbalan Presiden, Hji Hidir Nusi (2 dari kanan), Puan Saraiah Ayup Pengerusi Jawatankuasa Wanita DEKOMS Negeri Sarawak (kiri),Puan Norlela (kiri sekali) Tim Pengerusi Wanita DEKOMS DAN Pengerusi Biro Pendidikan Wanita DEKOMS, Puan Noratiqah Abdullah.
Oleh: Abang Zainoren Jess
KUCHING, 5 Mac: Lebih 20 ahli Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) menghadiri majlis ceramah Israj’ Mi’raj di Bilik Mesyuarat DEKOMS disini petang ini.
Majlis yang julungkali diadakan adalah anjuran Biro Pendidikan, Jawatankuasa Wanita DEKOMS Negeri Sarawak yang bertujuan untuk memberi ruang kepada ahli-ahlinya mencambah ilmu dalam bidang keagamaan yang menjadi teras utama oleh Biro Pendidikan Wanita DEKOMS bagi melahirkan ahli-ahli yang berintergriti dan bersemangat wajar.
Cermah telah disampaikan oleh Ustaz Syed Rusydi Wan Yusuf dari Pejabat KEMAS Kuching.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Wanita DEKOMS program, Pn Sara’iah Ayup bahawa program ini merupakan salah satu program anjuran Wanita DEKOMS tahun ini.
“Lebih banyak lagi program sedang kami rancangkan khususnya untuk suri rumah tangga yang kebanyakkannya terbabit dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan,” katanya.
Menurut beliau daripada lebih 2000 ahli DEKOMS seluruh Sarawak, Wanita merupakan anggota majoriti dalam DEKOMS yang kini mencecah sekitar 84 peratus dibanding dengan keahlian kaum lelaki.
“Kerana itu DEKOMS kini berusasha untuk memperkasakan peranan Wanita dalam DEKOMS bagi memastikan mereka mendapat pendedahan khusus dalam bidang ekonomi termasuk juga bidang-bidang lain yang dirasakan penting untuk mereka,” jelas beliau lagi.
Menurut beliau Jawatankuasa Wanita DEKOMS akan terus bergerak ke hadapan bagi menjamin masa depan lebih cerah untuk ahli-ahlinya.
Bagaimanapun, tambah beliau lagi, pihaknya masih memerlukan Kerjasama erat dari seluruh warga DEKOMS bagi memastikan kejayaan dalam merancang pelbagai program untuk kepentingan ahli-ahlinya.
Puan Saraiah Ayup, Pengerusi, Jawatankuasa Wanita DEKOMS Sarawak.
“Tanpa Kerjasama dan persefahaman daripada seluruh ahli termasuk juga daripada kepimpinan atasan DEKOMS, tidak mungkin kami dapat terus melangkah lebih jauh lagi dalam dunia yang penuh cabaran ini,” jelas beliau.
Sementara itu Presiden DEKOMS, Bujang Boji Sitam ketika ditemui memberitahu bahawa DEKOMS akan melancarkan kempen pengambilan ahli-ahli baharu di seluruh Sarawak yang akan mula dilancarkan pada 19 Mac ini dalam satu acara khas yang akan diadakan di Pasaraya Mydin Petrajaya Kuching.
Acara tersebut akan diserikan dengan pertandingan karaoke terbuka dan pertandingan memasak serta pembukaan but-but jualan dan pameran produk daripada ahli-ahli DEKOMS dimana sebanyak 10 meja/but akan disediakan pada hari tersebut bagi memudahkan ahli-ahli mempamer dan menjual produk keluaran mereka.
Sementara itu jurucakap Jawatankuasa Pertandingan karaoke memberitahu bahawa pertandingan itu akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu solo dan duet.
Yuran untuk penyertaan solo ialah RM20 sementara untuk duet RM40.
Pertandingan tersebut akan diadakan dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada 19 Mac untuk peringkat saringan sementara untuk peringkat akhir akan juga diadakan ditempat yang sama pada 20 Mac mulai jam 10 pagi hingga 5 petang.
Jurucakap pengelola pertandingan itu juga memberi tahu bahawa sekiranya peringkat saringan tidak dapat dihabiskan pada hari pertama akan disambungkan pada hari kedua mulai jam 8.30.
Hadiah-hadiah menarik kini sedang menanti mereka diperingkat akhir.
Untuk terus memperkasakan program jalinan mesra dekoms, satu lagi program akan diadakan di balairaya Kampung Jepak Bintulu pada 13 Mac ini.
Program yang merupakan bengkel kek lapis dan pembuatan kuih redem akan dibimbing oleh pakar kek lapis Sarawak Puan Rabiah Amit dan Pn Siti Nuraziera Abdullah, seorang pakar dalam pembuatan kuih redeem.
Lebih 50 ahli dan bukan ahli DEKOMS dari Bintulu dijangka akan menyertai bengkel tersebut yang dijangka akan ditutup rasmi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N67 Jepak, Datuk haji Talip Zulpilip pada jam 4 petang.
Sementara itu Jawatankuasa Perhubungan DEKOMS Sarikei dan Sibu dijangka akan mengadakan mesyuarat masing-masing pada 10 dan 14 Mac ini untuk menyusun program aktiviti mereka sepanjang tahun ini.
Ini merupakan salah satu hala tuju yang sedang digarap oleh DEKOMS negeri untuk semua 12 Jawawtankuasa Perhubungannya di seluruh negeri ini.
Ketika ini DEKOMS telah menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan di Serian, Samarahan, Sri Aman, Saratok, Sarikei, Sibu, Mukah, Tanjung Manis, Matu/Daro, Bintulu, Mukah, dan Miri.
Lebih banyak lagi Jawatakuasa Perhubungan akan ditubuhkan diseluruh negeri ini menjelang akhir tahun, termasuk juga dikawasan pedalaman dimana DEKOMS akan memainkan peranannya sebagai penghubung kepada agensi-agensi bantuan berkenaan bagi membantu ahli-ahlinya diluar bandar yang berada jauh di pedalaman.
Bujang Boji Sitam, Presiden DEKOMS
Jawatankuasa Perhubungan diwujudkan hanya bertujuan membantu DEKOMS pusat dalam menganjurkan aktiviti di kawasan masing-masing.
“Ini akan memudahkan DEKOMS untuk mengurustadbir jentera DEKOMS diseluruh Sarawak, dengan matlamat juga untuk meningkatkan jumlah keahlian dalam DEKOMS sehingga mencapai 5000 orang sehingga lewat tahun ini,” jelas pihak pengurusan DEKOMS pusat disini baru-baru ini.
-ENDS-