Assalamualaikum w.b.t,

Kepada semua ahli wanita DEKOMS saya mewakili Sekretariat Keahlian DEKOMS pusat ingin mengucapkan selamat menyambut HARI WANITA Tahun ini. Semoga hari ini akan memberikan semangat juang yang lebih jitu dan kukuh dalam kalangan ahli wanita DEKOMS.

Sesuai dengan jumlah wanita yang kini mencecah lebih 80% keahlian dalam DEKOMS. Pihak DEKOMS pusat akan terus berusaha untuk memperkasakan peranan wanita dalam DEKOMS.

Sehubungan itu, saya ingin merayu supaya ahli-wanita yerus memberikan kerjasana erat kepada pucuk pimpinan Jawatankuasa Wanita DEKOMS Negeri Sarawak, khususnya kepada Ahli Majlis Tertinggi bagi memudahkan Wanita DEKOMS berperanan lebih penting dalam usaha untuk menaikkan serta membersihkan nama DEKOMS dimata masyarakat.

‘Saksama Bersama’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Wanita 2022 pada hari ini yang jatuh pada 8 Mac 2022. Di dalam Wanita Dekoms kita sentiasa memegang “Saksama Bersama” terlebih lagi di dalam menjalankan satu-satu program yang telah dirancangkan bersama-sama dengan ahli jawatankuasa keseluruhannya.

Matlamat kami Wanita DEKOMS bagi memperkasa usahawan Wanita, membantu ekonomi keluarga, dan memartabatkan kami Wanita yang merupakan tulang belakang kepada keluarga masing-masing. Ia penting bagi menerapkan nilai kesaksamaan bersama kerana Wanita berpotensi memimpin akan dapat diketengahkan.

Sekali lagi selamat “HARI WANITA SEDUNIA 2022”.

08 Mac, 2022.

Wanita DEKOMS Kuching, Sarawak.