KUCHING, 5 Mac: Sempena dengan program Pelancaran Kempen Pengambilan Ahli baharu Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) satu pertandingan Karaoke akan diadakan pada 19 dan 20 Mac ini.
Pertandingan karaoke yang akan diadakan di Pasaraya Mydin, Petrajaya ini terbuka kepada semua penyanyi amatur yang berminat dimana dua kategori akan dipertandingkan pada acara tersebut.
Kategori itu ialah Solo terbuka dan duet terbuka.
Yuran penyertaan ialah RM20 untuk solo dan RM40 untuk duet.
Menurut jurucakap Biro Kebudayaan, Jawatankuasa Wanita DEKOMS yang menganjurkan pertandingan tersebut bahawa pertandingan ini hanya terbuka kepada peserta yang berusia 18 tahun keatas dan tidak pernah merakamkan suara secara profersional didalam atau luar negeri.
Pilihan lagu adalah bebas.
Pertandingan itu bertujuan untuk memeriahkan pelancaran kempen pengambilan ahli baharu DEKOMS untuk peringkat negeri Sarawak dengan matlamat untuk menambah keahlian DEKOMS sehingga 5000 orang sehingga hujung tahun ini.
Untuk mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang telah ditetapkan, bolehlah menguhubungi Puan Masmanis Mohd. Yusuf ditaliian 013-8248866 dan Puan Maswati ditaliasn 0138806576, untuk pertandingan karaoke.
Sementara untuk pertandingan memasak mereka yang berminat boleh menghubungi puan Saraiah ditalian 01135201586 atau Puan Norlela 0168864057.
Sementara untuk but jualan kini telah dipenuhi.
Ketika ini, DEKOMS mempunyai keahlian berdaftar hampir 2000 orang sejak didaftarkan pada 4 Februari, 2020.
“Lebih 80 peratus keahliannya te4rdiri daripada kaum Wanita,” tambah jurucakap tersebut.
Disamping itu juga pertandingan memasak ikan juga akan diadakan sempena dengan acara tersebut, dimana peserta hanya dikehendaki memasak ikan.
“Ikan tersebut boleh dimasak di rumah, namun perhiasannya perlu dibuat ditapak pertandingan,” tambah jurucakap tersebut.
Disamping kedua-dua pertandingan tersebut , pihak DEKOMS juga menyediakan but/meja untuk ahli-ahlinya mempamer dan menjual produk hasil keluaran mereka.
Sebanyak 20 but akan disediakan oleh pihak penganjur bagi memenuhi permintaan ahli yang berminat untuk menyertai acara tersebut.
Sementara itu, jurucakap DEKOMS pusat ketika dihubungi memberitahu bahawa kempen pengambilan ahli baharu DEKOMS akan berterusan di seluruh Sarawak dimana matalamat DEKOMS ialah untuk mendaftar sekitar 5000 ahli menjelang akhir tahun ini.
Dengan suara lebih banyak dalam DEKOMS, pihaknya yakin bahawa apa-apa juga hasrat dan matlamat DEKOMS akan tercapai.
“Kerana itu kami memohon agar orang ramai memberi Kerjasama kepada pihak kami untuk melaksanakan hasrat murni kami dalam usaha untuk membantu para penjaja dan peniaga kecil seluruh Sarawak,” jelas jurucakap tersebut yang enggan namanya disebutkan disini.
-ends-
