BENGKEL KEK LAPIS SARAWAK DAN KUEH REDEM DI BINTULU

BINTULU, 13 Mac – Bengkel kek lapis Sarawak dan kueh redem telah sempurna dilaksana dengan jayanya pada 13 Mac 2020 dai jam 8.00 pagi sehinga jam 5.30 petang bertempat di Dewan Suarah, Kampung Jepak, Bintulu. Seramai 32 orang peserta mengikutibengkel tersebut.

Bengkel kek lapis dikendalikan  oleh Puan Rabiah Amit manakala bengkel kueh redem dikendalikan oleh Puan Siti Nurzaera Abdullah.

Sementara itu, YB Datuk Haji Talib Zulphilip ADUN N67 Jepak turun hadir untuk memeriahkan Majlis penutupan dan penyampain sijil kepada peserta bengkel.

YB Datuk Talip Zulphilip mengucapkan terima kasih kepada DEKOMS kerana telah mengadakan bengkel Kek lapis Sarawak dan Kueh Redem.

Beliau menasihat peserta bengkel untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari serta menjadikan kek lapis dan kueh redem sebagi prodduk jualan mereka yang terlibat dengan peniagaan agar usaha mereka menjadi usahawan dapat meningkatkan hasil pendapatan.

Pada majlis tersebut President DEKOMS menjelaskan objektif penubuhan DEKOMS serta aktiviti-aktivi yang telah dilaksana semenjak DEKOMS didaftarkan dengan ROS.