Menjelang tahun baharu, pasti kemestian dengan diserikan teks ucapan ringkas selamat menyambut Tahun Baru 2024 yang kreatif, mencuit hati atau meninggalkan kesan di hati.
Bagi ahli-ahli Dewan Ekonomi Melayu Sarawak sambutan tahun baharu 2024 sudah tentu dengan berbagai acara sosial serta menghadiri majlis keagamaan bagi mendoakan kesejahteraan rakyat dan semua ahli DEKOMS dalam menghadapi tahun baharu yang dijangka penuh dengan cabaran.
Tahun baharu 2024 adalah peluang untuk melaksana hal- hal baharu, merealisasikan impian dan meraih tujuan yang yang belum wujud. Marilah kita hadapi tahun 2024 dengan penuh gairah, kemahuan yang kuat dan keyakinan bahawa bidang
perniagaan dan usahawan yang diceburi akan menjadi lebih baik.
Saya ingin berpesan semoga
Tahun 2024 akan memberi kesan yang positif kepada semua ahli yang terlibat dalam urusan perniagaan dan usahawan sukses serta berjaya menjadi seorang perniaga dan usahawan.
Eratkan tali silaratulrahim sesama ahli kerana dengan adanya hubungan yang baik akan membawa kekuatan
Dewan Ekonomi Melayu Sarawak sebagai sebuah pertubuhan yang mantap.
Akhir kata marilah kita merayakan ketibaan tahun 2024 dengan penuh kegembiraan serta memohon
Kepada Allah S.W.T agar kita semua dianugerah dengan kesihatan yang baik, suasana yang gembira menetapkan hati dengan penuh harapan dengan kata-kata tulus ikhlas bersikap dedikasi, proaktif
tidak mudah berputus asa
dan sama-sama kita berganding bahu yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjeng.
Saya serta semua Majlis Tertinggi ingin memohon maaf jika ada kelakuan dan kata-kata yang menyinggung perassan selama ini.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2024.