KUCHING, 24 April – Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) telah melaksana amal jariah di bulan Ramadan Al-Mubarak dengan menyedia serta mengagih 200 bungkusan bubur lambuk dan buah kurma kepada 30 container kepada anak yatim, 50 container untuk golongan Asnaf Kawasan DUN Semariang dan selebihnya diagih kepada orang ramai.

Penyediaan memasak bubur lambuk diadakan diperkarangan Pejabat DEKOMS dengan secara bergotong royong oleh Ahli Majlis Tertinggi DEKOMS yang diketuai oleh Tuan Haji Hidir Nusi selaku Pengerusi, Agihan Bubur Lambuk, DEKOMS.

Turut hadir sama Presiden, DEKOMS Tuan Bujang Boji Sitam.

Tuan Hj Hidir berkata Program Bubur Lambuk adalah sebagian daripada aktiviti amal jariah serta bersedekah di pada Bulan Ramadan dan mengeratkan silarulrahim antara DEKOMS dan orang ramai.