KUCHING – 30 Mac 2022, Seramai lebih 20 orang menghadiri Kelas Urus Aliran Tunai (Cash Flow) yang dijalankan di Dewan Dekoms pada hari ini. Kursus dikendalikan dengan kerjasama Moneywise Group of Company iaitu Moneywise Consultant And Training Sdn Bhd juga Moneywise Corporate Services Sdn Bhd. Kelas ini telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Encik Kharul Farillah bin Mohamad Ali dan kakitangannya.

Peserta kursus dan Usahawan yang hadir didedahkan dengan penggunaan carta aliran wang tunai, penyata untung rugi dan yang berkaitan dengannya.

Kelas berlangsung dari jam 9..00 pagi sehingga 1.00 tengahari dan diakhiri dengan penyampaian sijil. Turut hadir bersama oleh Tuan Bujang Boji Sitam, Presiden DEKOMS, Tuan Haji Hider Nusi, Timbalan Presiden, Tuan Ikeram Yan, Naib Presiden 2, Tuan Awang Hasnan Awang Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Agung, Tuan Mohd Kusaini Goli dan Puan Rabiah Amit, Ahli Majlis Tertinggi DEKOMS.