Para Peserta Sedang Belajar membuat Kuih Seri Muka
Oleh: Abg Zainoren Abg Jess
KUCHING, 30 Januari, 22: Sebanyak 20 orang ahli wanita Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) telah menyertai bengkel kuih tradisional di Bilik Mesyuarat DEKOMS pagi ini.
Kurus yang dibimbing oleh Puan Sarimah Abet itu bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta akan kuih-kuih tradisional supaya tidak pupus ditelan zaman.
Ketika berucap menutup bengkel tersebut, Presiden DEKOMS, Bujang Boji Sitam berharap supaya bengkel atau kursus-kursus seperti ini dapat diperpanjangkan di semua 12 jawatankuasa perhubungan Bahagian dan Daerah DEKOMS seluruh Sarawak agar peluangakan turut terbuka kepada ahli-ahlinya di bahagian dan daerah-daerah tersebut. “Kita berharap supaya usaha seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa depan dan seterusnya dibawakan ke bahagian lain di semua Jawatankuasa Perhubungan DEKOMS Bahagian dan Daerah,” jelas beliau sambal mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Wanita DEKOMS Negeri Sarawak yang telah bertungkus lumus dalam menganjurkan program tersebut.
Kedua-dua kuih yang telah ditunjuk ajar pada bengkel tersebut ialah Seri Muka dan Kuih Talam Berlauk. Menurut jurucakap penganjur, walaupun sambutan bengkel ini tidak mencapai sasaran untuk mendapat 30 peserta, namun ia tidak menjadi masalah kerana ini merupakan satu Langkah awal Wanita DEKOMS auntuk turut mempromosikan program dan aktivitinya pada masa depan.
“Kita yakin untuk program akan datang, semua program kita akan mendapat perhatian daripada ahli-ahli di seluruh Sarawak supaya mudah bagi kita untuk membawa program dan aktiviti ini ke seluruh Sarawak,” jelasnya.
Turut hadir pada majlis tersebbut ialah Setiausaha Agung DEKOMS, Abg Zainoren Jess dan Penyelaras Wanita DEKOMS Negeri Sarawak, Pn Rabiah Amit.

Sebahagian Para Peserta Yang Hadir


Kuih yang telah dihasilkan melalui bengkel setengah hari itu
