Tahun 2025 menandakan satu pencapaian luar biasa buat Pusat Tuisyen Terbilang apabila meraikan ulang tahun ke-20 sejak mula beroperasi pada tahun 2005. Selama dua dekad, Pusat Tuisyen Terbilang kekal sebagai antara pusat tuisyen Bumiputera paling konsisten di Sarawak dalam melahirkan pelajar cemerlang.

Dari Sebuah Kelas Kecil ke Akademi Tersohor

Bermula dengan kelas kecil di rumah pada tahun 2004, Cikgu Nurhidayah Abdullah bersama Dr. Ishak Johari membina Pusat Tuisyen Terbilang dengan penuh kesungguhan. Hari ini, Pusat Tuisyen Terbilang beroperasi di dua cawangan utama di Matang Jaya dan Sukma Ria, memberi khidmat kepada ribuan pelajar setiap tahun.

Bertahan Ketika COVID-19 – Bangkit Lebih Kuat

Ketika ramai pusat tuisyen lain terpaksa menutup operasi akibat pandemik COVID-19, Terbilang Academy membuktikan ketahanan usahawan Melayu sejati. Dengan beralih kepada kelas dalam talian dan mengekalkan yuran berpatutan, Pusat Tuisyen Terbilang bukan sahaja terus bertahan, tetapi kini berkembang dengan menawarkan program pendidikan tinggi dan TVET melalui kerjasama bersama universiti terkemuka.

Kenapa Pilih Pusat Tuisyen Terbilang?

✔ 20 tahun pengalaman terbukti – melahirkan ramai pelajar UPSR, PT3 (sebeelum dimansuhkan) dan SPM yang berjaya.
✔ Tenaga pengajar berpengalaman – dedikasi mendidik dengan kaedah mudah faham.
✔ Yuran berpatutan – mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.
✔ Program lengkap – daripada kelas membaca seawal 5 tahun, sekolah rendah, menengah hingga ke pengajian tinggi.
✔ Sokongan rohani & motivasi – bengkel kecemerlangan, solat hajat dan bimbingan berterusan.

Sertai Legasi Kecemerlangan

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Di Pusat Tuisyen Terbilang, kami percaya setiap pelajar berpotensi untuk berjaya jika diberi bimbingan yang betul.

“Kami bukan sekadar mengajar, tetapi membentuk pelajar agar yakin, berdisiplin dan berdaya saing untuk masa depan.” – Dr. Ishak Johari

Daftar Hari Ini!

📍 Cawangan Matang Jaya & Sukma Ria, Kuching
📞 Hubungi kami: 082-645393 / 012-8977022
🌐 Layari: www.pusattuisyenterbilang.com

👉 Tempat adalah terhad – rebut peluang ini untuk memastikan anak anda mendapat bimbingan terbaik bersama Pusat Tuisyen Terbilang – 20 Tahun Membina Generasi Cemerlang!