18.01.2026 – Kuching

Aktiviti yang pertama yang dianjurkan oleh Biro Wanita DEKOMS sebagai pembukaan Tahun baru 2026.

Pada hari ini program Riang Ria Meriah Dekoms telah berlangsung dengan jayanya di Seven On Seven Cafe, Matang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan mencorak (deko) Kek Lapis, Pertandingan Aneka Kerabu, Booth Jualan kepada para usahawan DEKOMS pada sebelah siangnya  serta pertandingan karaoke irama 60an pada sebelah malamnya.

Juara pemenang mencorak (deko) kek lapis membawa pulang barangan eletrik dan sijil begitu juga dengan pertandingan aneka kerabu. Bagi pertandingan Karaoke pulang juara membawa pulang piala, wang tunai RM350 serta hadiah iringan, tempat ke dua piala, wang tunai RM250 serta hadiah iringan dan tempat ketiga piala, wang tunai RM150 dan hadiah iringan. Hadiah dan wang tunai telah ditaja oleh PEBEKAM.  Manakala bagi pemenang Mendeko Kek Lapis dan Pertandingan Aneka Kerabu telah ditaja sepenuhnya oleh SEMAJU BINA PRODUCTIONS SDN BHD termasuk hadiah saguhati keseluruhan pertandingan.

 

Paling menarik ialah Cabutan Tiket Bertuah yang disumbangkan oleh penaja-penaja seperti AJK Biro Wanita, Kek Lapis Mama Sue, Kek Lapis Mira, Kek Lapis Dayang Salhah,  Persatuan Kek Lapis Sarawak, Datuk Ali Hassan Jajol, Dato Seri Sulaiman Natu, Dato Frankie, Serapi Hotel, Samudra Hotel, Rozi Enterprise.